Paralimpik 2020: Zuhairie Dan Hafiz Jamali Tamatkan Saingan Di Kedudukan 15 Terbaik

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pelumba basikal trek para negara, Zuhairie Ahmad Tarmizi dan juga Muhammad Hafiz Jamali mencatat keputusan yang baik pada perlumbaan akhir acara 1km ujian masa (C5) lelaki hari ini.

Zuhairie yang merupakan bekas pemenang pingat emas dalam acara 1km ujian masa (C5) lelaki di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) berjaya melakukan kayuhan yang memberangsangkan. Pelumba berusia 31 tahun ini bagaimanapun gagal menamatkan saingan sekadar melengkapkan di 16km pertama dan ‘Did Not Finish’ (DNF).

Pelumba kedua negara iaitu Muhammad Hafiz Jamali amat optimis dan berusaha sehabis baik ketika beraksi pada Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo kali ini. Namun begitu, Hafiz sekadar berjaya menamatkan saingan di tempat ke-12 dengan cacatan masa 1:01:35.78.

Sementara itu, pelumba Belanda, Abraham Gebru berjaya meraih pingat emas dengan cacatan masa 42:46.45 manakala Yehor Dementyez dari Ukraine meraih pingat perak. Pelumba Australia, Donohoe berjaya menamatkan saingan dengan meraih gangsa dengan cacatan masa 43.36.80.

Tahniah dan syabas buat pelumba negara kita. Anda memang luar biasa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *