Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Atlet lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang beraksi dalam acara lontar peluru lelaki F20 petang tadi, berjaya membenam cabaran atlet handalan lain sekaligus berjaya meraih tempat pertama dalam kejohanan berprestij ini.
Kegagalan mempertahankan pingat emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 menjadi titik tolak kepada perubahan yang dilakukan oleh jaguh lontar peluru para negara ini dalam menghadapi Sukan Paralimpik Tokyo kali ini.
Beliau menjelaskan bahawa kekecewaan itu menjadi pengajaran terbaik buat dirinya agar tidak terus berusaha dan tidak mudah berasa selesa setelah menikmati pelbagai kejayaan di pentas dunia.
Beliau sudahpun menikmati prestasi terbaiknya ketika memenangi pingat emas Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro.
Pada percubaan pertama, Ziyad berjaya mencipta rekod dunia baru dengan lontaran sejauh 17.31 hanya menerusi lontaran pertamanya sahaja.
Beliau turut menerima cabaran sengit daripada atlet dari Ukraine apabila beliau memecahkan rekod Ziyad pada lontaran ketiga dengan jarak 17.34.
Ziyad tidak memberi peluang buat lawannya itu dengan berusaha gigih untuk menjarakkan dirinya dengan pencabar yang lain.
Beliau melakukan lontaran sejauh 17.94 sekaligus mencatat rekod dunia sebanyak dua kali sebelum menang.
Ziyad menjadi penyumbang emas kedua negara sekaligus menambah koleksi pingat dalam kejohanan ini.