Zii Jia Kotakan Janji, Bawa Sinar Buat Malaysia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia membuktikan bahawa beliau berada dalam kelas tersendiri setelah berjaya memperagakan aksi yang cukup cemerlang hari ini.

Pemain yang berada pada ranking ketujuh dunia itu mudah membenam cabaran juara dunia dari Singapura itu dengan aksi yang penuh bertenaga.

Zii Jia kelihatan sangat tenang dan cermat dalam setiap tindakannya dalam memastikan tiada ruang yang boleh dimanfaatkan oleh Kean Yew sebelum menang dengan keputusan 21-6 dan 21-14.

Aksi mantap pemain berusia 24 tahun itu diteruskan oleh Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Yang mudah menewaskan beregu dari negara jiran Danny Bawa dan Eng Keat dengan keputusan 21-14 dan 21-12.

Perjuangan negara diteruskan oleh Ng Tze Yong yang turun berdepan Jason Teh namun terpaksa berhempas pulas sebelum menang dengan keputusan 17-21 | 24-22 | 21-19.

Laluan untuk memperoleh mata keempat dan kelima negara berjalan dengan lebih mudah apabila Goh Sze Fei-Nur Izzuddin menewaskan Hee Yong Kai-Kwek Jun Liang dengan keputusan 21-10 21-13 sebelum Leong Jun Hao berjaya membenam cabaran Koh Jia Wei menerusi straight set 21-17 22-20.

Sementara itu, pasukan wanita negara turut meraih keputusan yang positif apabila berjaya menewaskan India 3-2.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *