Zainal Abidin Kini Bergelar Suami Penyanyi Popular

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.


Adik kepada penyanyi terkenal Malaysia, Fina Jebat kini sah bergelar isteri kepada jurulatih bola sepak Malaysia, Zainal Abidin Hassan.

Beliau yang juga adik kepada Ayda Jebat kembali menjadi bualan apabila tersebar spekulasi beliau berkahwin dengan bekas pemain bola sepak Malaysia itu.

Akhirnya, beliau yang tampil dalam satu rancangan program televisyen ketika ini mengesahkan berita yang berlegar dalam kalangan peminat tanah air.

“Alhamdulillah, saya telah pun bernikah. Jadi, terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang telah memberikan komen yang baik-baik selama ini.

“Jadi saya harap agar anda semua dapat mendoakan saya dan keluarga serta terus menyokong saya dan Ayda Jebat di program ini. Saya rasa setakat itu yang boleh saya jawab buat masa sekarang,” jelasnya kepada HM.  

Zainal yang kini berusia 61 tahun kali terakhir membimbing pasukan Penang FC dalam saingan Liga Super memiliki pengalaman yang cukup luas dalam arena bola sepak Malaysia.