Zainal Abidin & Fyna Jebat Berpisah Cara Baik

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mengakui sudah berpisah secara baik dengan bekas isteri keduanya, Fyna Jebat.

Perkara ini disahkan Zainal apabila ditanya tentang satu imej tular bahawa beliau dan Fyna dikesan berada di satu lokasi yang tak diketahui.

“Memang kita sudah berpisah secara damai. Memang itu saya. Saya jumpa bekas isteri kedua. Pergi makan, berjumpa dan selesaikan beberapa masalah,” katanya bila ditanya hal tersebut dalam program Nindia di Astro Arena semalam.

Sebelum ini, seluruh negara dikejutkan dengan berita perkahwinan kedua Zainal dengan Fyna yang juga adik kepada selebriti terkenal, Ayda Jebat.

Namun begitu, perkahwinan tersebut tidak bertahan lama. Ini selepas pada Mei lalu, anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah mendedahkan bapanya dan Fyna sudah berpisah melalui satu komen di media sosial.

Komen tersebut dikeluarkan selepas tular hantaran mendakwa ibu Zahira iaitu Datin Zalina Zaini dan Fyna telah berdamai. Zainal mendirikan rumah tangga dengan Zalina sekitar 1980 dan dikurniakan tiga cahaya mata.