Yew Sin-Ee Yi Lunaskan Dendam, Mara Ke Separuh Akhir

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Wakil beregu lelaki negara, terus konsisten mempersembahkan aksi cemerlang di kejohanan dunia hari ini. Pasangan beregu lelaki ini berjaya mengesahkan slot ke separuh akhir Kejuaraan Dunia di Huelva, Sepanyol.

Menerusi gandingan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang turun dengan penuh keyakinan berdepan cabaran regu Chinese Taipei, Yang Lee dan Chi Lin. Yang Lee dan Chi Lin yang juga merupakan juara Olimpik Tokyo diketepikan Yew Sin dan Teo menerusi tiga set.

Perlawanan tersebut berlangsung dengan cukup sengit dengan serangan bertali-arus dilancarkan. Sungguhpun begitu, wakil beregu lelaki negara terpaksa akur dan tewas di set pertama dengan keputusan 12-21.

Berbekalkan semangat dan konsistensi, beberapa kesilapan regu Chinese Taipei digunakan sebaik mungkin buat Teo dan Yew Sin memerangkan lawan. Set kedua berpihak kepada regu Malaysia dengan keputusan 21-17.

Di set penentuan, Teo dan Yew Sin terus mengekalkan momentum terbaik dan berjaya memerangkap lawan. Set ketiga beregu negara kita menang, 21-15.

Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi akan berdepan wakil dari Jepun, Takuro Hoki dan Yuga Kobayashi di pentas separuh akhir esok hari. Selamat maju jaya Teo dan Yew Sin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *