Video ‘Gadis Sumandak’ Sabah Buat Peminat Terpukau

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Video pelancaran jersi terbaru Sabah FC pada tahun 2023 telah menambat mata para peminat sekaligus mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di seluruh Malaysia.

Jersi yang digelar sebagai ‘Sumandak’ itu diinspirasikan daripada penyokong ‘Sumandak-Sumandak Sabah’ yang hadir membanjiri Stadium Likas yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka sepanjang aksi Liga Malaysia musim lepas.

Berdasarkan tinjauan MakanBola terhadap beberapa platform media sosial mengenai Video tersebut, rata-rata komentar yang dilontarkan memberikan pujian terhadap jalan cerita dan idea yang menarik digunakan semasa pembikinan video selain kagum dengan rekaan jersi yang kemas membuat peminat terpukau.

Video yang berdurasi satu minit itu memperlihatkan keseluruhan visual yang mempesonakan dengan kombinasi warna jersi merah dan putih.

Pada musim 2023, The Rhinos berjaya menyatukan lima kira-kira lima peratus penduduk Sabah memeriahkan Stadium Likas memberikan semangat kepada pasukan.

Secara keseluruhan, penyokong Sabah berjaya merekodkan 18,000 penyokong yang hadir membanjiri stadium, yang lebih menarik lagi 70,000 daripada jumlah penyokong ialah wanita.

Saingan liga musim 2023 difahamkan juga The Rhinos akan terus menjadi tumpuan. Pasukan bawah pengendalian Ong Kim Swee ini juga bakal beraksi di pentas Asia dalam kejohanan Piala AFC musim ini.