Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Seorang lelaki tua berusia 50 tahun berjaya melengkapkan larian maraton sejauh 42 kilometer.
Lelaki yang mesra disapa Uncle Chen itu mencuri perhatian ramai apabila beliau melengkapkan larian sambil merokok.
Berjaya menghabiskan larian sehingga ke garisan penamat, lelaki dari China ini menamatkan maraton Xin An Jiang yang diadakan di Jiande itu dalam masa 3 jam 28 minit dan 45 saat.
Menurut laporan daripada portal Outkick.com, beliau mula berlari sambil merokok sejak 2017. Beberapa gambar mula tersebar ketika acara maraton di Guangzhou pada 2018 dan Xiamen pada 2019.
Jika dilihat berdasarkan prestasi semasa, rekodnya pada tahun ini adalah lebih pantas berbanding rekod-rekod sebelumnya. Beliau berjaya menamatkan cabaran di kedudukan ke 574 daripada 1500 penyertaan.