“Umur Saya Dah 25 Tahun, Saya Perlukan Minit Permainan” – Safawi Rasid

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Kapten pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid yakin penghijrahannya ke kelab Liga 1 Thai, Ratchaburi FC merupakan keputusan terbaik untuk mengembalikan semula rentak permainannya.

Beliau yang ditemui ketika sesi latihan di Wisma FAM menjelaskan bahawa minit permainan antara salah satu sebab beliau mengambil tindakan untuk mencari kelab baharu.

Bekas pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai dua kali berturut-turut ini mengakui kini berada dalam motivasi terbaik untuk membantu Harimau Malaya.

Katanya, beliau perlu segera mencari rentak dan yakin bahawa kelab tersebut merupakan pilihan terbaik selain sokongan daripada Presiden kelab menguatkan lagi langkahnya untuk ke sana.

Safawi juga menjelaskan bahawa beliau kini tidak mahu lagi kerap memanaskan bangku simpanan tatkala usianya sudah pun melangkau ke angka 25 tahun.

“Sekarang ni umur saya pun dah 25 tahun, saya perlukan minit permainan.”

“Saya tak boleh lagi duduk di bangku simpanan,” jelasnya kepada Ultrasukan.

Beliau mahu mendapatkan semula kepercayaan barisan kejurulatihan untuk terus menurunkannya beraksi di atas padang.

Misi beliau ketika ini adalah untuk membantu pasukan bagi membantu skuad kebangsaan di Piala AFF.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *