Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
5. Faisal Halim
Pemain pasukan Terengganu FC ini mempamerkan aksi yang cukup luar biasa pada musim ini. Gandingan yang membentuk trio di bahagian serangan sentiasa menjadi mimpi ngeri buat lawan.
Pemain sayap lincah pasukan Terengganu ini sering menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan. Kebolehannya untuk meloloskan diri daripada kawalan pertahanan serta kemampuan untuk bermain di pelbagai posisi memberi kelebihan buat beliau.
Kini, pemain berusia 23 tahun ini telah menghasilkan 4 gol dan juga mencatat 4 bantuan gol dalam 20 perlawanan yang diturunkan. Beliau pastinya menjadi taruhan terbaik jika rentak konsisten ini berjaya dikekalkan.
4. De Paula
Bekas penyerang pasukan Perak FC ini telah melengkapkan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk merebut tempatan bersama pasukan juara itu.
Penyerang kebangsaan ini gah membuktikan ketajaman beliau di hadapan gol dan meletakkan beliau satu-satunya penyerang tempatan dalam senarai ini. Sungguhpun sudah berusia 35 tahun, kematangannya pasti menjadi taruhan jurulatih ketika ini.
Beliau telah berjaya menjaringkan 4 gol sepanjang musim ini dan kesemuanya jaring itu datang ketika beliau masih bersaa pasukan Perak FC.
3. Amri Yahyah
Pemain berusia 40 tahun ini menjadi pemain utama pasukan di bawah kendalian jurulatih Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto.
Lagenda bola sepak Malaysia ini terus menjadi nadi kepada pasukan beliau memusim ini. Gol-gol ‘tak masuk akal’ yang dijaringkan ini membuktikan usia bukanlah penghalang untuk beliau terus melakar nama di Liga Super.
Amri telah menjaringkan 4 gol secara keseluruhannya dan gandingan bersama pemain serangan Indonesia, Saddil Ramdani kini boleh dikatakan antara yang terbaik dalam liga musim ini.
2. Hakimi Abdullah
Pemain muda Terengganu FC ini dilihat menyerlah pada musim ini setelah diberi peluang beraksi olej Nafuzi Zain. Sungguhpun beliau sering dimasukkan selaku pemain gantian, beliau masih berhasil untuk menempatkan diri dalam kalangan penjaring tempatan terbanyak.
Hakimi sering dimasukkan oleh Nafuzi bagi menggantikan pemain berpengalaman, Faiz Nasir untuk membawa kelajuan dan idea baru di atas padang. Beliau juga cukup tenang mengawal bola di kaki dan melakukan gelecekan melepasi kawlaan pihak lawan.
- Baddrol Bakhtiar
Kapten pasukan Kedah ini cemerlang membantu skuad hijau kuning pada saingan musim ini. Beliau membuktikan ketajaman penyudahnya sungguhpun hanya beraksi di posisi tengah. Kini beliau menjadi penjaring tempatan ketika saingan berbaki 2 perlawanan.
Baddrol juga menjadi ‘kunci ‘kepada kebangkitan Kedah yang ingin memburu tempat kedua sekaligus mendapat slot untuk beraksi di saingan AFC musim hadapan.