Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan ada sesetengah pihak yang masih memilih untuk berkata-kata daripada bertindak.
Baginda yang meninggalkan satu pesanan di ruangan hantaran Johor Southern Tigers menyatakan bahawa Baginda sudah ‘masak’ dengan lumrah bola sepak Malaysia.
Katanya, ada sesetengah pihak masih memilih untuk tidak berubah dan tidak serik sungguhpun sudah hampir 10 tahun perkara yang sama berulang.
Perkara ini dilihat menjurus kepada keadaan rumput yang masih tidak berubah sunggupun telah lama dibangkitkan.
“Lumrah bola sepak tanah air, 10 tahun masih tak serik.”
“10 tahun masih cakap lebih tetapi masih cow grass,” jelasnya.
TMJ dilihat amat berbangga dan berpuas hati dengan pencapaian Harimau Selatan yang menyapu bersih 14 piala pada tahun 2022.
“Tetapi hanya segelintir yang bermain bunga api setiap tahun.”
“Hanya segelintir yang mempunyai stadium yang canggih dan hanya segelintir yang berjaya dengan pelbagai kejayaan.”