Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi maklum balas mengenai isu yang dibicarakan di media sosial baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran yang telah dimuat naik oleh salah seorang penyokong bola sepak di akaun twitter, beliau ternyata kagum apabila pemain sensasi pasukan Perancis, Kylian Mbappe sudah pun turun ke latihan kelabnya hari ini.
Pemain yang berkelana di PSG itu baru sahaja beberapa hari selesai menjalankan tugas di pentas akhir piala dunia sungguhpun tumpas kepada Argentina menerusi sepakan penalti.
Situasi tersebut seolah-olah cuba disamakan oleh penyokong itu tatkala beberapa orang pemain utama skuad JDT tidak menyertai pasukan kebangsaan pada piala AFF kali ini.
“Pemain bukan mesin. Apa ni PSG Tuanku,” komen Haris Sarifudin pada satu hantaran sambil meletakkan tanda @ kepada Baginda Tunku.
Baginda dalam satu hantarannya menjelaskan perbezaan antara situasi tersebut dengan keadaan bola sepak semasa di Malaysia.
“Oh itu Mbappe. Dia bermain separuh pertama musim, selepas berehat untuk tugasan mewakili kebangsaan bagi kejohanan FIFA.”
“Sekarang selepas habis Piala Dunia, dia sambung bermain separuh kedua musim dan kemudiannya pergi bercuti. Fakta mudah Tuan-Tuan dan Puan-Puan,” jelas Baginda.
Malaysia kini sedang mengharungi kempen Piala AFF 2022 tatkala aksi menentang Laos bakal diadakan di SNBJ, Sabtu ini.