Kasut Rabak, Tindakan Spontan Hendrawan Buat Air Mata Jantan Mengalir Laju

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pertembungan antara perseorangan negara, Ng Tze Yong menentang atlet Jamaica, S. Ricketts dalam Terbuka Birmingham 2022 berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia dengan keputusan 21-12 dan 21-16.

Perlawanan tersebut berlangsung dengan cukup baik tatkala kedua-dua pemain saling bertukar mata pada set pertama.

Namun begitu, ketenangan dan kematangan wakil muda negara ini dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencatat kemenangan pada set awal ini.

Bersambung set kedua, pada awalnya, Ricketts memberi cabaran dengan cukup baik namun perlawanan terpaksa dihentikan buat seketika.

Menerusi satu video yang dimuat naik, pemain tersebut telah mengalami kesukaran untuk beraksi disebabkan tapak kasutnya koyak.

Beliau tidak dapat meneruskan perlawanan sambil meminta bantuan untuk pertukaran kasut.

Pada awalnya, tapak kasutnya itu telah dipotong namun meninggalkan lubang yang agak besar di belakang dan memberi rasa yang tidak selesa kepada kepada beliau untuk beraksi.

Jurulatihnya segera mendapatkan kasut dari rakan sepasukannya kerana beliau tidak membawa kasut lebih namun kasut yang dipinjam itu tidak sepadan dengan saiz kakinya.

Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan yang melihat situasi tersebut terus membantu dengan membawakan kasut yang sama jenama dan saiz yang sepadan buat lawan Tze Yong ini.

Tindakan Henrawan mendapat pujian rata-rata penyokong badminton tanah air sambil menyifatkan beliau mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

Akhirnya, beliau dapat meneruskan perlawanan dengan jayanya namun gagal menandingi kehandalan Tze Yong alabila tumpas 21-16.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *