Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Perlawanan pusingan keempat Piala FA The Emirates antara Wrexham menentang Sheffield United semalam menyaksikan keputusan 3-3.
Namun begitu, tindakan pengadil melayangkan kad merah berbentuk bulat pula dijadikan bualan hangat para penyokong.
Dean Whitestone, iaitu pengadil semasa perlawanan semalam dihebahkan dengan tindakannya melayangkan kad merah berbentuk bulat kepada penyerang muda Blades, Daniel Jebbison.
Tindakan tersebut dilakukan setelah beliau. mendapati pemain berusia 19 tahun itu telah menyepak pemain pertahanan The Red Dragons, Ben Tozer pada minit ke-77.
Situasi tersebut menyebabkan peminat tertanya-tanya mengenai kad merah bulat itu kerana kebiasaannya pengadil hanya menggunakan kad berbentuk segi empat sahaja.
Ada sesetengah penyokong beranggapan bahawa kad berbentuk bulat itu merupakan rekaan baru.
Menurut seorang pengadil di Reddit menjelaskan dalam satu forum, kad berbentuk bulat ini telah diperkenalkan sejak dulu lagi.
Kad berbentuk bulat ini wujud bagi membantu pemain yang tidak dapat membezakan warna kad selain memudahkan pengadil mengeluarkan kad dengan cepat kerana bentuknya yang berbeza.
Bagi peminat EPL generasi tahun 90-an hingga awal 20-an mereka pasti sudah terkenal dengan layangan kad merah berbentuk bulat oleh Uriah Rennie.
Rennie yang juga salah seorang pengadil kulit hitam pertama sering melayangkan kad merah berbentuk bulat kepada pemain.