Tiada Acara Bola Sepak Dalam Sukan Universiti ASEAN 2024

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Hasrat negara-negara peserta Sukan Universiti ASEAN (AUG) memburu pingat emas acara bola sepak dalam temasya 2024 di Indonesia tidak kesampaian. Ini selepas tuan rumah mengumumkan acara tersebut tidak akan dimasukkan sekaligus meninggalkan 18 acara sukan untuk dipertandingkan.

Keputusan Indonesia ini dibuat bagi menghormati tragedi Stadium Kanjuruhan yang berlaku pada Oktober lepas. Tragedi yang tercetus akibat penggunaan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa itu menyaksikan 135 orang dengan 583 lagi dilaporkan cedera. Acara sukan telah dipertandingkan di AUG sejak tahun 2008.

18 acara sukan yang bakal dipertandingkan di AUG 2024 ialah olahraga, renang, badminton, futsal, sepak takraw, bola keranjang (5×5 dan 3×3), bola tampar (pantai dan dewan), bola baling, judo, pencak silat, wushu, taekwando, karate, sukan mendaki, memanah, petong (petanque), tenis dan sukan minda (catur dan bridge).

Bola sepak kali terakhir dipertandingkan ialah di temasya AUG 2022 di Ubon Ratchathani, Thailand.. Tuan rumah Thailand muncul pemenang pingat emas acara ini dengan pasukan negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *