Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pasangan regu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menambah satu lagi gelaran BWF World Tour dengan menjuarai Terbuka Taipei 2023. Kejayaan tersebut dicapai dengan mengalahkan regu tuan rumah, Chiu Hsiang Chieh-Lin Xiao Min hari ini.
Pencapaian Tang Jie-Ee Wei mengakhiri kemarau kejuaraan Terbuka Taipei untuk kem badminton negara. Kali terakhir gelaran kejohanan berjaya diraih ialah pada 2004 menerusi pasangan regu campuran Koo Kien Kiat-Wong Pei Tty pada 2004.
Sebelum ini, Tang Jie-Ee Wei turut menjulang Orleans Masters 2023. Dengan kejayaan ini, regu ini bakal memecah kedudukan 15 regu campuran teratas Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) pada minggu hadapan.
Set pertama menyaksikan Tang Jie-Ee Wei cuba diberi tentangan sengit oleh Hsiang Chieh-Xiao Min. Bagaimanapun, itu tidak menghalang regu campuran negara itu meraih kemenangan 21-12.
Set kedua menyaksikan regu negara terus dominan bagi memastikan kemenangan mereka dalam genggaman. Set kedua menjadi milik Tang Jie-Ee Wei dengan kemenangan 21-8.