Terbuka Perancis: Pearly & Thinaah Sahkan Kejuaraan Tewaskan Pasangan Jepun

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.


Wakil beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan menjuarai Terbuka Perancis 2022 apabila membenam wakil Jepun, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara  menerusi rubber set.

Kedua-dua pasangan bermula baik pada awalnya dengan saling berbalas serangan namun ketenangan wakil muda negara ini memberikan sinar harapan buat Malaysia.

Mereka berhempas-pulas pada set pertama sebelum menang dengan keputusan 21-19 dalam pertarungan yang mendebarkan.

Bersambung set kedua, mereka seakan sudah boleh dibaca oleh lawan yang memanfaatkan setiap ruang dan peluang sebelum menang dengan keputusan 18-21 untuk mengheret perlawanan ke pentas penentuan.

Set ketiga menyaksikan mereka mengesahkan kejuaraan selepas menamatkan saingan dengan keputusan 21-15.

Ini juga merupakan kali pertama pasangan ini berjaya menewaskan beregu yang berada pada kedudukan ke-7 dunia tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *