Terbuka Malaysia: Perangkap Anna Teoh & Mei Xing Mengena, Regu Nombor 3 Dunia Pun Tumbang

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Beregu wanita negara, Anna Teoh dan Mei Xing melakar kejutan apabila menewaskan wakil dari Korea Selatan dalam saingan Terbuka Malaysia – Jelajah Dunia Super 750 BWF hari ini.

Anna dan Mei Xing mempamerkan persembahan memukau apabila berjaya menundukkan beregu di ranking nombor tiga dunia.

Wakil dari Korea Selatan, So He Lee dan Seuang Chan Shin terkejut setelah ditewaskan Anna dan Mei Xing menerusi permainan Rubber Set. Perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena itu menyaksikan gandingan beregu negara memastikan slot ke suku akhir terus dalam genggaman.

Anna Teoh dan Mei Xing bakal berdepan cabaran Terbuka Malaysia peringkat suku akhir pada esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *