Terbuka Malaysia: Hasrat Lee Zii Jia Ke Suku Akhir Disekat

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berjaya melayakkan diri ke pentas Suku Akhir Terbuka Malaysia – Jelajah Dunia Super 750 BWF.

Lee Zii Jia ditundukkan wakil dari Indonesia Shesar Hiren Rhustavito menerusi rubber set sekaligus menggagalkan misi pemain di ranking ke-5 itu untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Set pertama telah memihak kepada wakil dari Indonesia apabila beliau menang dengan keputusan 21-19. Pada set kedua, Lee Zii Jia segera bangkit mengutip mata demi mata sekaligus menewaskan Vito dengan 21-19.

Perlawanan penentuan menyaksikan wakil dari Indonesia lebih bijak mengawal gelanggang. Banyak kesilapan mudah yang dilakukan Zii Jia memberikan mata buat pemain lawan. Shesar Hiren Rhustavito tamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-16.

Aksi suku akhir pada esok bakal menyaksikan pertembungan melibatkan Shesar Hiren Rhustavito dan wakil dari Jepun, Kento Momota.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *