Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Aksi suku akhir saingan Terbuka Malaysia – Jelajah Dunia Super 750 BWF hari ini menyaksikan empat wakil Malaysia turun beraksi.
Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin mempamerkan aksi memukau ketika gandingan muda ini berjaya menewaskan wakil dari China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi secara straight set, 21-11 22-20.
Hasrat ingin melihat beregu wanita negara ke pentas separuh akhir tidak kesampaian apabila gandingan Anna Cheong dan Mei Xing Mayu tewas ditangan pasangan dari Jepun, Matsumoto dan Wakana Nagahara dengan keputusan 15-21 21-23.
Gandingan Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi juga tidak berjaya menjejaki langkah Izzuddin dan Sze Fei apabila beregu lelaki negara itu tewas ditangan wakil Indonesia, Fajar Alfian dan Rian Ardianto secara straight set, 13-21, 9-21.
Wakil terakhir negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memastikan Malaysia meraih dua slot ke separuh akhir tatkala pasangan beregu lelaki negara ini menewaskan gandingan Indonesia, Mohamad Ahsan dan Hendra Setiawan menerusi rubber set, 21-13, 20-22 dan 21-19.
Aksi separuh akhir Terbuka Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada esok di Axiata Arena, Kuala Lumpur. Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin bakal berdepan gandingan Fajar Alfian dan Rian Ardianto dari Indonesia sementara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menentang pasangan Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dari Jepun.