Terbuka Malaysia 2023: Dua Beregu Negara Melangkah Ke Suku Akhir

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 menyaksikan hanya dua regu negara mara ke pusingan suku akhir. Sementara nama-nama besar termasuk juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan kedua.

Goh Jin Wei membuka tirai cabaran Malaysia hari ini tetapi pulang hampa. Ini selepas perseorangan wanita negara itu ditewaskan oleh pemain pilihan kedua kejohanan An Se Young dengan keputusan 21-10, 21-12.

Nasib sama turut menimpa regu wanita Go Pei Kee-Teoh Mei Xing. Berdepan regu pilihan ketujuh Terbuka Malaysia iaitu regu China Zhang Shu Xian-Zheng Yu, mereka tewas mudah 21-10, 21-7.

Regu lelaki profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menceriakan para penyokong negara dengan mempamerkan semangat juang tinggi menentang regu Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han. Tewas 17-21 pada set pertama, Yew Sin-Ee Yi bangkit dan menang dua set berikutnya 21-13, 21-14.

Regu campuran Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing turut tersingkir di pusingan kedua tetapi mereka kalah melawan kepada regu pilihan kelapan dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue. Tewas 21-18 di set pertama, Pang Ron-Mei Xing bangkit menyamakan kedudukan dengan 13-21. Bagaimanapun, Gicquel-Delrue unggul di set ketiga dengan kemenangan 21-12.

Begitupun, ini tidak bermakna cabaran regu campuran negara dalam Terbuka Malaysia sudah berakhir. Ia diteruskan oleh Chen Tang Jie-Toh Ee Wei selepas mereka berjaya mengalahkan Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati dengan keputusan 21-19, 21-16.

Usaha pemain perseorangan muda, Ng Tze Yong untuk mara ke suku akhir tidak kesampaian. Ini selepas dia tewas kepada pemain muda Jepun, Kodai Naraoka. Tewas 21-15 pada set pertama, Naraoka kemudiannya menewaskan pemain meningkat negara itu dalam untuk baki dua set 21-19. 21-15.

Selain Tze Yong, Liew Daren sepatutnya membawa cabaran perseorangan negara hari ini menentang pilihan utama, Viktor Axelsen. Bagaimanapun, pemain Denmark itu mara ke suku akhir tanpa perlu bermandi peluh selepas Daren menarik diri akibat kecederaan.

Kem badminton negara terus dirundung malang apabila beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai tunduk kepada lawan dari China yang juga pilihan utama, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong. Mereka tewas dalam dua set 21-16, 21-10.

Aaron-Wooi Yik menutup tirai cabaran negara hari ini dengan menentang regu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi. Walaupun berstatus pilihan keempat, ia langsung tidak menggentarkan Yu Chen-Xuan Yi yang mudah menewaskan regu berstatus juara dunia itu dengan keputusan 21-10, 23-21.