Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengakhiri cabaran Terbuka Indonesia hari ini setelah tewas dalam aksi separuh akhir.
Wakil negara ini telah dijadualkan bertemu gandingan dari China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta.
Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi dilihat lebih bersedia apabila masing-masing menampilkan persembahan memukau menyekat setiap asakan Aaron dan Wooi Yik.
Set pertama berjaya dimenangi Yu Chen dan Xuan Yi dengan keputusan 21-18.
Pada babak kedua permainan, beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tidak berjaya bangkit untuk membawa permainan ke set ketiga.
Pada set kedua, mereka tewas, 21-13.
Persembahan yang ditampilkan Aaron dan Wooi yik seakan ada yang tak kena. Prestasi semasa Aaron dan Wooi Yik juga semakin hari dilihat semakin membimbangkan.
Bagaimanapun, pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo ini perlu segera bangkit, menepis segala kritikan dengan membuktikan kemampuan sebenar dalam kejohanan mendatang.