Terbuka Hong Kong: Lee Zii Jia Pamer Aura Berbisa Benam Zhao Junpeng

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia kembali pamer kebangkitan selepas tersingkir awal di Terbuka China dengan mara ke pusingan kedua Terbuka Hong Kong.

Zii Jia berhadapan dengan pemain perseorangan China, Zhao Junpeng pada pusingan pertama. Dari segi rekod pertemuan, kedua-duanya seimbang dengan masing-masing meraih satu kemenangan.

Set pertama menyaksikan kedua-dua pemain bersaing sengit memburu mata. Namun begitu, Zii Jia berjaya mengurangkan kesilapan bagi membolehkannya meraih kemenangan 21-17.

Set kedua menyaksikan pada satu ketika, kedua-duanya terikat pada kedudukan 10-10. Saingan yang diberi Junpeng langsung tidak menggugat Zii Jia dengan beliau meraih kemenangan set kedua 21-16.

Kemenangan ini menyaksikan Zii Jia bakal berdepan pemain bukan pilihan dari Taiwan, Lee Chia Hao di pusingan kedua. Chia Hao mencuri tumpuan hari ini selepas mengalahkan pilihan utama kejohanan, Viktor Axelsen dengan kemenangan 21-16, 21-10.

Justeru, cabaran pemain Taiwan ini tidak boleh dipandang enteng oleh Zii Jia jika mahu mara ke saingan suku akhir Terbuka Hong Kong.