Terbuka Denmark: Pingat Perak Milik Lee Zii Jia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Hasrat perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia untuk merangkul gelaran juara dalam kejohanan Terbuka Denmark 2022 yang berlangsung di Jyske Bank Arena, Odense Denmark tidak kesampaian apabila pemain berusia 24 tahun itu tewas kepada jaguh dari China, Shi Yu Qi.

Set pertama menyaksikan Zii Jia tewas dengan keputusan 18-21. Shi Yu Qi dilihat tampil dengan lebih garang apabila beberapa kali berjaya memerangkap Zii Jia sekaligus mendapat pungutan mata.

Tidak terhenti setakat itu, Lee Zii Jia cuba bangkit untuk memastikan set kedua menjadi miliknya. Percaturan berbeza diterapkan apabila banyak serangan direncanakan Zii Jia tertumpu di bahagian kiri dan kanan gelanggang. Zii Jia menang dalam set kedua dengan keputusan 21-16.

Babak penentuan menyaksikan Shi Yu Qi konsisten mengutip mata demi mata. Walaupun masing-masing kelihatan penat, wakil dari China ini tetap berusaha untuk menewaskan Lee Zii Jia. Shi Yu Qi menang dengan keputusan 21-12.

Syi Yu Qi meraih gelaran juara Terbuka Denmark dalam acara perseorangan lelaki sementara Lee Zii Jia meraih gelaran naib juara.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi gelaran S750 ini adalah pada empat tahun lepas menerusi jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Chong Wei.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *