Terbuka Denmark: Pemain Negara Raih Keputusan Positif

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Atlet badminton negara yang menyertai terbuka Denmark hari ini mencatatkan keputusan yang sangat baik apabila rata-rata berjaya mara ke peringkat seterusnya.

Perjuangan atlet negara bermula menerusi gandingan Meng Yean Lee-Cheng Wen Yap yang turun berdepan pasangan dari Thailand iaitu Benyaoa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard.

Sungguhpun telah memberikan sepenuhnya, ia masih tidak mampu untuk menandingi lawan yang dilihat cukup bersedia untuk mengekang asakan beregu negara sebelum menang 21-12 dan 21-15 dalam tempoh 30 minit.

Selain itu, pasangan harapan negara, Nur Izzudin-Goh Sze Fei yang berdepan pasangan India, Manu Attri-B. Sumeeth Reddy.

Mereka tidak mengambil masa yang lama untuk membenam lawan dengan keputusan 21-18 dan 21-11.

Seterusnya, beregu sensasi negara, Pearly Tan-Thinaah yang baru sahaja melalui kempen yang amat memberangsangkan di kejohanan Piala Uber turun dengan penuh keyakinan bagi menentang beregu Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu.

Pasangan negara bermula dengan sangat konsisten dengan beberapa percubaan berjaya memerangkap lawan untuk menang set pertama 21-17.

Namun begitu, pengalaman nyata memihak kepada beregu Indonesia itu dengan menang 2 set berikutnya untuk mengesahkan kemenangan namun perjuangan menentang juara Olimpik itu wajar diberi pujian.

Walaupun tidak bernasib baik, namun persembahan beregu muda, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien mencatatkan kekalahan kepada Maiken Fruergaard-Sara Thygesen dengan keputusan 15-21 dan 16-21 sungguhpun dilihat berpotensi untuk meraih kemenangan.

Hal ini cuba ditebus oleh Lee Meng Yean-Yap Cheng Wen yang bersaing sengit dengan beregu dari Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard.

Sungguhpun begitu, tuah nyata tidak memihak kepada beregu negara sebelum tumpas 12-21 dan 15-21

Dalam aksi beregu campuran pula, satu beregu kita berjaya mencatatkan kemenangan manakala satu lagi terkandas.

Aksi beregu pertama iaitu Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dilihat cukup konsisten dan bertenaga ternyata tidak dapat ditandingi oleh lawan dari Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja yang tumpas 21-17, 21-14nkepada wakil negara itu.

Sungguhpun begitu, aksi cemerlang itu tidak berhasil dilakukan oleh Hoo Pang Ron-Cheah Yee See yang tewas selepas aksi sengit menetang Dhruv Kapila-Reddy N. Sikki.

Pasangan negara akur dengan teknik dan kematangan aksi lawan yang ditentang habis -habisan sebelum tewas 21-14, 17-21, dan 18-21.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *