Terbuka Denmark: Nur Izzuddin-Goh Sze Fei Teruskan Perjuangan Negara

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Wakil negara terus mempamerkan persembahan yang cukup konsisten untuk memberi tekanan kepada lawan masing-masing sekaligus memberi saingan yang cukup kompetitif dalam kejohanan Terbuka Denmark kali ini.

Permulaan yang sangat baik menerusi gandingan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin yang turun dengan penuh keyakinan untuk berdepan cabaran pemain negeri seberang, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Perlawanan tersebut berlangsung dengan cukup sengit dengan serangan bertali-arus dilancarkan untuk mengutip mata. Sungguhpun begitu, kemenangan berjaya dikecapi dengan keputusan 21-18 dan 21-17.

Bersambung perlawanan seterusnya, misi pemain Malaysia untuk layak ke separuh akhir diteruskan oleh Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang turun berdepan cabaran beregu utama Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino yang cukup digeruni.

Sungguhpun begitu, beregu negara berjaya menampilkan aksi yang cukup kemas dengan meminimumkan kesalahan serta berjaya memberi tekanan kepada beregu negara matahari tersebut.

Namun begitu, beregu negara terpaksa akur untuk tewas dalam tiga set walaupun berjaya menang pada set pertama dengan keputusan 21-19.

Konsistensi nyata memihak kepada beregu lawan yang lebih bersedia untuk menang set berikutnya 21-12 dan 21-14.

Harapan negara untuk melihat aksi antara perseorangan negara, Lee Zii Jia yang berada pada kedudukan ketujuh dunia turun untuk menentang perseorangan tuan rumah, Victor Axelsen.

Sungguhpun Zii Jia sudah memberikan segalanya, namun Axelsen yang beraksi di tempat sendiri sudah pun bersedia sepenuhnya.

Perlawanan epik itu berkesudahan dengan kemenangan straight set 21-19 dan 21-19.

Aksi beregu negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang berdepan cabaran pemain Jerman, Mark Lamfuss-Marvin Siedel.

Aksi tersebut berlangsung dengan cukup sengit namun beregu negara terpaksa akur tewas 21-18 dan 21-19 dalam perlawanan penuh dramatik itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *