Terbuka Denmark: 4 Wakil Malaysia Cemerlang Tempah Slot Separuh Akhir

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Kejohanan terbuka Denmark 2022 hari ini menyaksikan empat wakil negara beraksi di peringkat suku akhir. Malaysia tampil bergaya menerusi acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran di Jyske Bank Arena, Odense Denmark.

Wakil pertama negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai cemerlang menewaskan gandingan campuran pilihan nombor dua kejohanan, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino dengan keputusan straight set, 21-18 dan 21-14.

Soon Huat dan Shevon Lai bakal berdepan beregu dari China, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong pada aksi separuh akhir esok.

Gandingan juara dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dilihat tidak berdepan cabaran sukar untuk mengatasi wakil India, Satwiksairaj dan Chirag Shetty. Aaron dan Wooi Yik menang straight set, 21-16 dan 21-19.

Beregu lelaki negara ini bakal bertemu regu nombor tiga dunia, Kevin Sanjaya dan Marcus Gideon di peringkat separuh akhir.

Kecemerlangan wakil Malaysia diteruskan dengan kemenangan diraih perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia. Beliau tampil tenang menewaskan wakil Indonesia, Jonatan Christie menerusi penentuan rubber set, 21-16, 18-21 dan 21-18.

Lee Zii Jia bakal berdepan cabaran Victor Axelson atau Loh Kean Yew di peringkat seterusnya.

Sementara wakil terakhir negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya bangkit penuh bergaya menundukkan atlet dari Chinese Taipei, Lee Yang dan Lu Chen menerusi rubber set 18-21, 21-19 dan 21-13.

Peringkat seterusnya menyaksikan Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi bakal berdepan wakil dari Indonesia, Fajar Alfian dan Rian Ardianto.

Empat wakil negara ini akan terus berentap di peringkat separuh akhir sebelum mengesahkan tempat ke pentas akhir Terbuka Denmark 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *