Terbuka Czech: Anna Cheong-Teoh Mei Xing Raih Emas Buat Malaysia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Perjalanan para pemain negara yang beraksi di Terbuka Czech nyata memberi sinar baharu buat badminton negara apabila 4 wakil berjaya membawa pulang pingat buat Malaysia.

Perlawanan pertama bermula dengan aksi perseorangan wanita muda negara, Siti Nurshuhaini yang mencipta kejutan luar biasa untuk tampil dalam final pada edisi kali ini.

Bertemu dengan pemain yang berada pada kedudukan kelapan dunia, Siti dilihat berada dalam kelas tersendiri sungguhpun berdepan lawan dari negara jiran, Putri Kusuma Wardani dari Indonesia.

Kedua-dua pemain menampilkan aksi yang cukup memberangsangkan pada set pertama sebelum Siti dikecewakan dengan keputusan 21-16.

Selepas itu, Siti seakan-akan gagal untuk menyaingi rentak lawannya itu yang lebih selesa mengawal gelanggang dengan mengkucar-kacirkan gerakan pemain negara itu.

Akhirnya, kemenangan sah menjadi milik pemain Indonesia itu dengan keputusan 21-5 sekaligus memaksa pemain muda itu terpaksa berpuas hati meraih Perak.

Selepas itu, pemain perseorangan lelaki negara, NG Tze Yong yang turun dengan penuh motivasi untuk menentang atlet Republik Czech, Lousi Jan.

Perlawanan yang berlangsung sehingga rubber set itu menyaksikan wakil negara terus mempamerkan kelas permainan yang tersendiri.

Sungguhpun begitu, beliau dipaksa untu bekerja keras sungguhpun menang set pertama 21-16 namun tewas set berikutnya dengan keputusan yang sama.

Pada set penentuan, beliau terus cekal untuk memberikan segalanya buat Malaysia dengan aksi tak reti penat untuk menewaskan lawannya itu dengan keputusan 26-24.

Aksi beregu wanita negara mencuri tumpuan apabila menentang Febby Dwijayanti Gani-Jesita Miantoro yang berlangsung sehingga set penentuan.

Sungguhpun begitu, mereka yang baru sahaja digandingkan tidak menunjukkan sebarang masalah untuk menang dengan keputusan 21-15, 16-21 dan 21-17.

Sungguhpun kemenangan itu mengubat luka, namun beregu lelaki negara tidak berdaya meneruskan rentak tersebut apabila tumpas 21-13, 15-21 dan 15-21.

Ia sekaligus menyebabkan Malaysia membawa pulang 1 kilauan Emas dan juga 3 Perak pada edisi kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *