Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Malaysia tidak menghadapi sebarang masalah untuk menundukkan England dalam Terbuka Birmingham dengan keputusan 3-0.
Wakil negara jelas berada pada tahap terbaik apabila sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dalam pentas separuh akhir ini.
Malaysia bermula baik menerusi beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See dengan keputusan 12-21, 21-18, 21-13 ke atas Marcus Ellis dan Lauren Smith.
Seterusnya, perjuangan negara berjaya diteruskan dengan cemerlang apabila menumbangkan Penty Toby dengan keputusan 21-13 dan 21-14.
Akhirnya, detik bermakna buat seluruh penyokong Malaysia tiba apabila gandingan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tidak menghampakan dengan kemenangan straight set 21-17, 21-18 ke atas Ben Lane dan Sean Vendy.
Kemenangan 3-0 juga mengesahkan keampuhan Malaysia seterusnya membuka peluang yang cerah untuk menjuarai kejohanan pada kali ini.