Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Ketuan jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari memberi bayangan bahawa penyerang berbisa Colombia, Radamel Falcao bakal sertai Johor Darul Ta’zim (JDT).
Khabar angin mengenai perpindahan pemain berusia 37 tahun itu semakin mendapat perhatian setelah disahkan dalam laporan berita daripada beberapa akhbar Sepanyol seperti Marca dan media Eropah lain.
Sebelum ini, JDT dilihat tidak berjaya untuk mendapatkan tandatangan bintang bekas bekas bintang Atletico Madrid itu walaupun beberapa kali percubaan telah dilakukan.
“Kita tahu terdapat banyak kemungkinan tentang perkara ini (perpindahan Falcao) dan ini merupakan satu perkara yang bos kami (TMJ) sedang usahakan.”
“Saya tidak mampu menjelaskan banyak perkara tetapi saya percaya kelab ini mempunyai ruang berkemungkinan perkara ini akan jadi kenyataan. Walaubagaimanapun hanya bos (TMJ) sahaja yang akan tentukan,”jelasnya.
Pengendali yang berusia 43 tahun ini juga memuji impak yang dibawa oleh pemain baharunya Endrick Dos Santos dan juga Oscar Arribas yang boleh menyesuaikan diri bermain bersama pasukan kelab JDT.
JDT berjaya mengatasi KL City mencatat keputusan 3-0 di Stadium Cheras kini di tangga ke-2 Liga Super.
Perlawanan seterusnya menyaksikan JDT bertembung dengan Negeri Sembilan yang akan berlangsung di Stadium Paroi Ahad depan.