Tan Cheng Hoe: Prestasi Pemain Dan Persiapan Negara Lain Akan Dipantau

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dalam satu video temu bual yang dikeluarkan FAM di youtube, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata persiapan rapi akan dilakukan untuk kempen AFF Suzuki 2020. 

Menurut Cheng Hoe, undian kali ini tidak banyak beza dari edisi sebelum ini. memandangkan negara-negara yang bertanding juga adalah dalam kalangan seteru yang biasa kita temui dalam mana-mana kejohanan peringkat antarabangsa. 

“Saya rasa undian kalini tak banyak beza. Negara-negara ini kita biasa jumpa.’

‘Kita tahu Vietnam adalah pilihan dalam kumpulan kita, dalam masa yang sama kita fokus juga jumpa musuh tradisi, Indonesia. Dan jangan ambil mudah Kemboja dan Laos, kita perlu fokus setiap perlawanan.’

Jelas TCH, barisan pegawai dan kejurulatihan akan sentiasa memerhati prestasi pemain-pemain dan melihat persiapan negara-negara lain yang bertanding. 

“Kita di barisan kejurulatihan akan sentiasa memantau dari segi prestasi pemain dan perlu melihat persiapan negara-negara lain.’

‘Vietnam sudah berada pada kelayakan piala dunia peringkat akhir dan mereka berada pda level yang lain,’-Jelasnya kepada Astro Arena.

Mengulas lanjut berkaitan format perlawanan, TCH mengakui ianya agak sukar untuk kita jangkakan disebabkan pandemik yang masih melanda.  

“Format kali ini agak berbeza disebabkan Covid-19 yang masih berlarutan ini. Satu motivasi terbaik jika kita dapat bermain dua perlawanan, di laman sendiri dan laman pasukan lawan. Kali ini saya harap kita dapat fokus setiap perlawanan dan persiapan pasukan.”

Walau bagaimanapun, Cheng Hoe tetap optimis untuk meletakkan sasaran terbaik dalam masa yang sama, tidak akan ambil mudah setiap perlawanan. 

“Sebagai jurulatih kita mahukan sasaran terbaik setiap kali kita dalam pertandingan. Dan sudah pasti tak boleh ambil mudah perlawanan tersebut.”