Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Penjaga gol sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi menjulang trofi pertama dalam aksi pertama bersama skuad Harimau Selatan di pentas Liga Malaysia 2023.
Beliau diturunkan ke dalam kesebelasan pasukan untuk mengawal benteng terakhir pasukan dalam perlawanan yang membuahkan hasil apabila JDT menang ke atas Terengganu dengan keputusan 2-0 dalam aksi Piala Sumbangsih.
Pemain yang berusia 27 tahun sebagai penjaga gol JDT kelihatan begitu tenang mengawal perlawanan. Kepekaan beliau terhadap permainan berhasil menghalang dan menepis keluar setiap percubaan dan beberapa rembatan daripada pihak lawan.
Debut bersama JDT cukup indah apabila anak didik Tano Solari, Syihan berjaya menguasai kubu daripada ditembusi.
Kemenangan yang diperoleh buat JDT sekaligus beliau dapat menjulang piala pertama dalam kerjayanya.
Syihan kini antara salah satu penjaga gol pilihan setelah perpindahan beliau dari Negeri Sembilan ke JDT selesai menjelang musim ini.
Namun begitu, beliau perlu merebut tempat bersama dua lagi penjaga gol berbakat besar iaitu Farizal Marlias dan Haziq Nadzli.
JDT difahamkan akan meneruskan perjuangan mereka dalam liga super menentang Kuala Lumpur pada Rabu, 1 Mac 2023 di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.