Sukri Mutalib Beri Laluan Buat Pemain Muda

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Bekas kapten hoki kebangsaan negara, Mohamad Sukri Abdul Mutalib memberi bayangan bahawa beliau tidak akan mengetuai barisan pasukan hoki Perak pada kempen kali ini.

Ia berikutan beberapa kejohanan lain yang bakal memaksa sesebuah pasukan untuk duduk dalam kem kelompok ketika kejohanan berlangsung. Menurut Sukri, ia adalah satu perkara yang agak sukar buat dirinya sendiri berikutan kekangan masa.

“Saya kena tunggu dan lihat, kerana selepas Razak Cup ada dua kejohanan yang sangat rapat, jadi saya perlu lihat dahulu sama ada ia sesuai untuk saya atau tidak. Jika kejohanan itu melibatkan kem kelompok maka saya akan berfikir dahulu.”

Sukri Mutalib menceritakan senario tersebut dalam satu temu bual bersama Astro Arena kelmarin. Kapten hoki pasukan Perak itu menjelaskan ia adalah untuk memberikan laluan buat pemain muda meningkatkan prestasi dan bakat masing-masing sekaligus dapat memperkuat pasukan.

“Andai kata saya tidak dapat menyertai untuk Razak Cup, kemungkinan saya akan memberi laluan buat pemain-pemain muda untuk memperkuat pasukan. Tetapi sekiranya kejohanan itu tidak dianjurkan secara ‘bubble camp’ kemungkinan saya akan bermain untuk kedua-dua kejohanan akan datang.

Sukri Mutalib kini menggalas tugas selaku pemain pasukan Perak dan penolong jurulatih bagi Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ). Pasukan SSBJ akan menghadapi saingan liga hoki remaja kebangsaan kelak.

Berikutan kekangan masa dan pertindihan tugas, ia bakal menyukarkan Sukri untuk mengerah kudrat bagi memberikan fokus kepada kedua-dua tugas itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *