Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Isteri kepada penjaga gol pasukan JDT, Mia Ahmad memberi bayangan suaminya, Izham Tarmizi tidak akan kekal bersama pasukan pada tahun 2023.
Berita perpindahan penjaga gol berusia 31 tahun itu telah pun tersebar luas apabila dikatakan menyertai Sri Pahang bersama seorang lagi pertahanan kiri JDT iaitu Syazwan Andik.
Khabar tersebut telah mendapat perhatian para peminat bola sepak tanah air apabila isterinya, Mia Ahmad yang juga seorang artis telah memuatnaik satu video dalam akaun tiktoknya.
Video itu menunjukkan Izham dan Mia sedang mengosongkan kediaman mereka di Johor sambil sebuah lori yang sarat sedang mengangkut barang-barang milik mereka.
Dalam video yang berdurasi kira-kira seminit itu, Mia turut menyertakan kata-kata “ terima kasih JDT atas segalanya “ sebagai tanda penghargaan kepada pasukan sepanjang perkhidmatan sembilan tahun Izham mewakili kelab tersebut.
Pada musim ini, Izham telah banyak menyumbang untuk skuad Harimau Selatan terutamanya dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) menentang Kawasaki Frontale yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada JDT dengan keputusan 2-1.