Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Kilauan emas berjaya diraih oleh beregu wanita negara, Pearly Tan dan juga M Thinaah apabil mereka tidak berdepan masalah untuk menewaskan beregu dari England, Chloe Birch dan Lauren Smith dengan keputusan 21-5 dan 21-8.
Pasangan negara turun degan penuh motivasi dan juga keyakinan untuk terus memberikan segalanya dalam perlawanan ini.
Malah, konsistensi dan aksi menyerang yang dipamerkan sepanjang set pertama ini jelas memberi tekanan kepada lawan yang sukar mendapatkan rentak.
Mereka juga begitu tenang dan cermat dalam setiap tindakan selain memastikan beregu pilihan kedua itu tidak berada dalam posisi yang baik untuk memungut mata.
Kemenangan berpihak kepada pasangan negara apabil mudah membenam cabaran Birch dan Smith.
Bersambung set kedua, mereka dicabar dengan cukup baik menerusi gerakan serangan awal lawan untuk memungut mata.
Namun begitu, Pearly dan juga Thinaah tidak berada dalam tekanan malah sentiasa menyukarkan misi lawan.
Hal ini menyebabkan mereka mudah untuk menewaskan lawan untuk meraih emas buat Malaysia sekaligus membantu negara meraih emas ketujuh setakat ini.