Sukan Komanwel: Ng Tze Yong Beri Segalanya Sebelum Tewas Tipis Kepada Lakshya Sen

Sukan RTM

Trending Hari Ini

Share on:

Wakil perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong menghadiahkan pingat perak buat Malaysia di pentas Sukan Komanwel hari ini.

Pemain muda negara itu tunduk kepada perseorangan nombor satu India, Lakshya Sen di pentas akhir Sukan Komanwel 2022 yang berlangsung di National Exhibition Centre, Birmingham. 

Set pertama menyaksikan Ng Tze Yong tampil penuh bertenaga dan konsisten dalam menyerang. Beliau beberapa kali juga berjaya menjerat pemain lawan dan mematahkan pergerakan Lakshya Sen. Tze Yong menang dalam set pertama dengan keputusan 21-19.

Set kedua menyaksikan anak jati dari Johor ini tewas kepada Lakshya Sen. Tze Yong seakan hilang fokus dan akhirnya terpaksa berpuas hati apabila tunduk dalam set kedua, 21-9.

Ng Tze Yong tidak mudah mengaku kalah. Bagaimanapun ketangkasan Lakshya Sen tidak dapat disangkal sekaligus wakil india itu mengesahkan kemenangan. Lakshya Sen tewaskan Ng Tze Yong dalam set ketiga, 21-16.

Pingat emas acara badminton bagi kategori perseorangan lelaki secara sah dirangkul wakil India Lakshya Sen. Sementara Ng Tze Yong, menghadiahkan pingat Perak buat Malaysia.