Cerita Suka Duka Warnai Perjuangan Wira Negara Di Tokyo

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Ketika perjuangan para atlet telah melabuhkan tirainya, para penyokong jelas terpancar setelah melihat atlet para negara bertungkus-lumus berjuang bagi meraih pingat di Tokyo.

Semangat dan dedikasi telah bermula sejak dari awal sungguhpun pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi sebelum kejohanan berlangsung termasuklah pandemik COVID-19 yang melanda negara. Ini secara tidak langsung telah menjejaskan persiapan para atlet termasuklah dari segi latihan dan juga penyertaan dalam beberapa siri kejohanan bagi mempersiapkan diri.

Sungguhpun begitu, ia sedikitpun tidak menjejaskan kesungguhan para atlet kita setiap kali turun beraksi. malah, mereka sentiasa menunjukkan keterujaan untuk memburu pingat sejak hari pertama.

Penantian yang ditunggu-tunggu oleh para penyokong tanah air untuk melihat kontinjen negara meraih emas akhirnya tiba apabila atlet angkat berat negara, Bonnie Bunyau apabila berjaya mencatat melakukan angkatan seberat 228 kilogram (kg) sekaligus mencipta rekod baharu Sukan Paralimpik.

Seterusnya, kita terus diberikan sinar daripada kontinjen negara apabila Jong Yee Khie berjaya meraih pingat perak bagi kategori 107 kilogram (kg).

Harapan negara juga untuk melihat atlet yang tidak dijangka seperti Chew Wei Lun yang berjaya memberi kejutan apabila bertarung di pentas final. Namun begitu, pengalaman nyata memisahkan kedua-dua atlet dan beliau berpuas hati pada kedudukan kedua.

Kita juga dikejutkan dalam kegembiraan melihat atlet lontar peluru dan juga harapan emas negara, Ziyad Zolkefli yang pada mulanya ditabalkan sebagai juara dengan memecahkan rekod dunia. Namun begitu, kita terpaksa akur dengan keputusan penarikan semula emas atas beberapa faktor yang terjadi ketika kejohanan berlangsung.

Kem negara kembali diceriakan dengan dua atlet harapan negara, Latif Romly dan juga Cheah Liek Hou terus memberi sinar untuk mencapai sasaran negara.

Liek Hou menjadi pemain badminton para yang pertama memenangi emas pada kejohanan di Tokyo itu. Sambil itu, Latif Romly berjaya menutup kempen cemerlang kali ini dengan membuat lompatan sejauh 7.45m untuk mengesahkan kemenangan emas ketiga negara.

Ini pastinya menjadi suntikan moral terbaik untuk terus mempamerkan aksi cemerlang menjelang Paralimpik di Paris 2024 nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *