Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pasukan hoki kebangsaan telah berlepas ke London 5 hari lalu bagi mengharungi Siri Jelajah United Kingdom 2021 hingga 22 Oktober kelak. Menurut satu perkembangan daripada Malaysian Hockey Confederation, skuad kendalian Arul Selvaraj mendapat khabar gembira kerana pemain negara kesemuanya sah bebas daripada wabak Covid-19.
Datuk Mirnawan Nawawi berkata, skuad hoki negara telah selesai menjalani kuarantin yang ditetapkan dan keputusan swab Covid-19 test pemain dan pegawai adalah negatif.
“Kami sampai di kota London ini pada 19 September 2021 dan kami menginap di Pusat Sukan Nasional Bisham Abbey bagi menjalani kuarantin selama lima hari. Pada hari yang kedua, semua pemain dan pegawai diwajibkan menjalani ujian swab dan alhamdulillah dimana semua pemain dan pegawai pasukan mendapat keputusan negatif.”
“Oleh kerana itu, pihak pengurusan Bisham Abbey telah membenarkan kita untuk turun menjalani sesi latihan tetapi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak pengurusan,”
Dalam pada itu, menurut pengurus pasukan Malaysia itu, para pemain kini sudah mula membiasakan diri untuk menerima dan hidup dengan keadaan semasa.
“Pemain-pemain juga setakat ini telahpun membiasakan diri dengan keadaan sekeliling, makanan yang disediakan disini adalah makanan yang halal dan sihat. Pemain telah pun mengadaptasi perbezaan masa diantara Malaysia dan England.”
Tambah Mirnawan, pasukan Malaysia akan beraksi menentang 10 pasukan keseluruhannya sebelum menamatkan siri jelajah kali ini.
“Jadi kami akan meneruskan latihan di Bisham Abbey sehinggalah kita melalui empat perlawanan menentang kelab di England sebelum berlepas ke Belfast untuk dua test match menentang pasukan Ireland diikuti dua perlawanan dengan pasukan Wales dan Perancis, sebelum kita menamatkan jelajah United Kingdom ini.