Skuad Hoki Malaysia Melangkah Ke Piala Dunia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Skuad hoki 5s lelaki Malaysia mengikut jejak skuad hoki 5s wanita dengan layak secara merit ke Piala Dunia Hoki 5s Lelaki 2024 selepas tuan rumah kejohanan, Oman berada dalam kedudukan empat terbaik Kejohanan Hoki 5s Piala Asia 2023.

Ini selepas kedua-dua pasukan layak ke separuh akhir dan tewas kepada lawan masing-masing. Malaysia tunduk 10-2 kepada India dengan Oman tewas 7-3 kepada Pakistan dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Dengan India dan Pakistan meneruskan perseteruan tradisi mereka di pentas final, Oman dan Malaysia bakal menentukan kedudukan ketiga kejohanan dalam perlawanan yang berlangsung malam ini.

India terlebih dahulu di hadapan menerusi Maninder Singh sebelum Speedy Tigers menyamakan kedudukan menerusi Ismail Abu. Akhimullah Anuar Esok meletakkan Malaysia di hadapan untuk seketika sebelum India mengikat kedudukan 2-2 menerusi Mohammed Raheel.

Pawan Rajbhar menyumbat gol ketiga India pada minit ke-13 sekaligus membolehkan Men in Blue kekal mendahului 3-2 semasa rehat.

Babak kedua menyaksikan Raheel menambah gol kedua peribadinya seminit selepas itu. Bagaimanapun, Speedy Tigers membalas dengan dua gol pantas Akhimullah dan Nazrey Din.

Dengan kedudukan 4-4, Men in Blue memastikan dominasi mereka tidak tercabar menerusi dua gol Raheel, Dipsan Tirkey, Jugraj Singh dan Gurjot Singh. Keputusan 10-4 kekal sehingga tamat perlawanan.