Paralimpik 2020: Siti Noor Iasah Mara Ke Final

Instagram: @csnsportstalk

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pelari wanita negara, Siti Noor Iasah beraksi cemerlang pada hari ini dalam pusingan pertama 400m wanita apabila mencatatkan keputusan

Bekas pemenang pingat emas buat negara pada Sukan Para Asia di Jakarta ini turun dengan pengalaman yang luas bagi memperbaiki catatan masa yang diciptanya di Rio empat tahun lalu.

Pelari berusia 32 tahun itu menamatkan larian di tempat keempat dengan catatan masa 59.89. Ini juga merupakan rekod terbaiknya pada musim ini.

Ketika temasya di Rio pada tahun 2016, Siti berada pada kedudukan keempat dan mencatat rekod baru Asia dengan catatan 58.55 saat.

Namun begitu, pada kejohanan kali ini, beliau masih belum mencapai catatan masa terbaiknya. Akan tetapi, semangat juang yang ditunjukkan oleh atlet ini wajar dipuji.

Beliau yang bakal beraksi di pentas akhir menentang pelumba-pelumba berpengalaman yang lain dalam usaha untuk meraih pingat buat kontinjen negara.