Seorang Pemain Bola Sepak Profesional Ada Hubungan Dengan Artis?

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Selepas pelakon dan pelawak Shuk Sahar bercerai dengan isterinya, Rossa Sera pada Mac lalu, wanita kelahiran Sabah itu difahamkan sedang meniti bahagia.

Rossa atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah dilaporkan sedang bercinta dengan seorang pemain bola sepak profesional.

Menurut laporan Beautiful Nara, kisah ini timbul selepas dia memuatnaik satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini.

Dalam hantaran berkenaan, kelihatan seorang lelaki memakai jersi lengkap sedang bermain bola di atas padang.

Di ruangan komen, ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet tentang identiti pemain bola sepak tersebut.

Ada juga yang mendoakan yang terbaik buat Rossa sekiranya benar sedang melewati fasa bahagia.

Sehingga artikel ini ditulis, Rossa masih belum mengesahkan sama ada pemain tersebut ialah kekasih barunya atau tidak.