Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Selepas layak ke separuh akhir Terbuka Jerman 2023 minggu lepas, ramai berharap regu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah dapat meneruskan kecemerlangan mereka minggu ini. Sangkaan tersebut meleset apabila Pearly-Thinaah tersingkir di pusingan pertama Seluruh England 2023 selepas tewas kepada regu Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.
Set pertama menyaksikan Matsumoto-Nagahara mendominasi aksi di gelanggang dan mudah memenangi set pertama 21-13.
Bagaimanapun, Pearly-Thinaah kemudiannya bangkit menyamakan kedudukan dan memenangi set kedua 21-15.
Dengan set ketiga menjadi rebutan, regu yang paling kurang melakukan kesilapan mampu memenangi set berkenaan. Dan itulah yang dilakukan Matsumoto-Nagahara apabila menguasai set ketiga dengan kemenangan 21-15.
Kini, fokus Pearly-Thinaah ialah bangkit di Terbuka Switzerland 2023 yang bakal berlangsung dari 21 hingga 26 Mac ini.