Seluruh England 2023: Lee Zii Jia Terkandas Di Separuh Akhir

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Hasrat perseorangan utama negara, Lee Zii Jia mara ke final Seluruh England 2023 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas anak jati Alor Setar itu tunduk kepada pemain perseorangan lelaki dari China, Shi Yuqi.

Set pertama menyaksikan kedua-dua pemain saling bersaing mendapatkan mata. Bagaimanapun, beberapa kesilapan menyaksikan Zii Jia terpaksa akur dengan lawannya menerusi keputusan 21-19.

Set kedua menyaksikan Yuqi yang juga bekas juara Seluruh England 2018 itu mendominasi perlawanan. Biarpun cuba ditentang Zii Jia, pada akhirnya perseorangan utama negara itu terpaksa tunduk dengan keputusan 21-13.

Biarpun terkandas di peringkat separuh akhir, ini boleh dianggap kebangkitan sebenar Zii Jia. Ramai berharap kecemerlangan ini dapat diteruskan di Terbuka Switzerland yang bakal diadakan pada minggu hadapan.

Siapa tahu dengan persembahan sebegini, ia akan membantu Zii Jia menjulang trofi pertama untuk tahun 2023.