Selepas Safawi, Kini Adiknya Bakal Angkat Kaki Dari JDT?

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Bintang muda Johor Darul Ta’zim III (JDT), Alfi Rashid memberi bayangan bakal mengikut jejak langkah abangnya, Safawi Rasid untuk meninggalkan JDT.

Pemain berusia 18 tahun itu turut beraksi bersama Harimau Selatan terutamanya dalam saingan Piala Presiden berkemungkinan tidak akan kekal bersama pasukan.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram Storynya baru-baru ini, Alfi seolah-olah sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada bumi Johor.

Beliau ada memuat naik satu hantaran yang memaparkan gambar pintu gerbang negeri Kedah sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Alfi menyertai JDT pada penghujung tahun 2019 dan menjadi antara watak penting pasukan untuk menjuarai Piala Presiden 2022 selepas menewaskan Sri Pahang pada bulan Ogos yang lalu.

IG: Alfi Rashid

Sebelum menyertai JDT, Alfi bergiat aktif dengan bola sepak secara amatur di Terengganu. Beliau membantu pasukannya, Dspex FC melakar kemenangan sebagai juara Liga Premier bagi saingan Terengganu Amateur League (TAL) pada tahun 2018.