Selangor Akan ‘Bantai’ Kelab Luar Negara

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Selepas muncul naib juara Piala Malaysia musim lepas, Selangor FC yang dibimbing Tan Cheng Hoe itu mahu tampil lebih mantap dalam saingan Liga Super musim depan. Pada awal Januari ini, Gergasi Merah Kuning bakal mengadakan pra-musim di luar negara.

Cheng Hoe melihat sesi pra-musim perlawanan persahabatan dengan kelab tempatan sebagai peluang terbaik mengenalpasti kelemahan pasukan sebelum liga bermula. Tiga negara berkemungkinan menjadi destinasi pra-musim Selangor pada Januari ini ialah Thailand, Kemboja atau Vietnam.

“Sekarang ini kita belum lagi mengadakan sesi latihan kerana kebanyakan pemain utama mempunyai tugasan bersama skuad kebangsaan sekali gus mungkin akan memanggil mereka pada awal Januari ini.

“Mengikut perancangan sememangnya mahu mengadakan sesi latihan pra-musim di luar negara namun setakat ini belum ada kata putus kerana masih lagi dalam perbincangan dengan pihak pengurusan.

“Kita memilih tiga negara itu (Thailand, Kemboja atau Vietnam) kerana dalam perancangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama kelab tempatan supaya dapat memperbaiki lagi kelemahan pasukan,” katanya bila dihubungi Arena Metro.

Sementara itu, Cheng Hoe melihat kehadiran Faisal Halim, V. Ruventhiran dan Khuzaimi Piee bakal menambah kualiti kepada kesebelasan utama Merah Kuning musim hadapan. “Kehadiran tiga pemain ini dapat mengisi kelompongan yang ada dalam pasukan selain mampu memperkuatkan lagi jentera serangan dan barisan pertahanan,” tambahnya.

Selangor mengulangi pencapaian musim 2021 dengan merekodkan tempat kelima dalam Liga Super. Mereka mara ke final Piala Malaysia 2022 tetapi hampa selepas ditewaskan JDT 2-1.