“Saya Main Futsal Sebab Minat Tiba-Tiba Meletup” – Intan Serah

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pemain futsal wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli atau lebih dikenali selaku Intan Serah mengakui tidak pernah menyangka akan terkenal sehingga tahap ini.

Beliau merupakan antara atlet sukan yang paling popular setelah seringkali mendapat perhatian di platform media sosial terutama Facebook dan Instagram.

Pemain berusia 23 tahun ini juga turut cemerlang dalam sukan futsal setelah mewakili beberapa buah kelab sepanjang kariernya.

Intan menjelaskan bahawa penceburan dirinya dalam arena futsal ini bukan disebabkan mahu mengejar populariti sebaliknya minat yang mendalam terhadap sukan ini.

“Saya bermain futsal sebab minat tetapi kemudian tiba-tiba saja nama saya meletup.”

“Mungkin orang ramai suka tengok perempuan main futsal. Apapun itu bukanlah matlamat sebenar saya,” katanya kepada Arena Metro.

Intan kini tercalon dalam dua kategori di Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro yang julung kali dianjurkan pada tahun ini.

Anugerah yang bakal dipertandingkan iaitu Ikon Sukan Wanita dan Ikon Sukan Pempengaruh sambil beliau mengakui terkejut kerana tercalon dan sering menjadi tumpuan ramai.

“Saya sejujurnya memang terkejut kerana tercalon sebab jika nak dibandingkan dengan pencapaian saya tidaklah terlalu memberangsangkan.”

“Memang ada juga pencapaian tapi apapun saya rasa gembira dan sangat dihargai apabila tercalon di AIS.”

Kini, beliau mula mahu berjinak-jinak untuk menceburi bidang bola sepak pula bagi memgembangkan kariernya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *