“Saya Akan Terus ‘Membunuh’ Bola Sepak Malaysia” – TMJ

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam memberikan pandangan berkenaan berkenaan bola sepak Malaysia yang membabitkan pelbagai spekulasi sejak kebelakangan ini.

Baginda menerusi satu kenyataan melalui Instagram Storynya hari ini menjelaskan bahawa ada sesetengah pihak seakan tidak boleh menerima kenyataan khususnya terhadap pasukan JDT yang kini mendominasi pelbagai kejuaraan.

Well done boys. Ramai yang menyalak setiap tahun. 10 tahun masih tak belajar dan tak boleh terima kejayaan kami.”

“Hanya segelintir sahaja yang bermain bunga api setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT. Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun Allah kurniakan kejayaan.”

TMJ juga yakin bahawa kejayaan Malaysia mara ke pentas Piala Asia sebelum ini juga melibatkan twnaga dan usaha para pemain JDT yang mewakili Harimau Malaya.

“Piala AFF ada yang tak berakal bising, agaknya dia lupa Malaysia layak Piala Asia pemain JDT yang berhempas pulas.”

“Sama macam kenyataan saya sebelum ini, saya akan terus membunuh bola sepak Malaysia.”

“Saya berjanji akan terus membeli pemain hebat dalam negara dan lepaskan mereka untuk sertai pasukan kebangsaan dalam kalendar FIFA sahaja,” jelasnya.

Piala AFF kali ini menyaksikan bahawa tiada seorang pun pemain JDT yang berada dalam senarai pasukan selain muka-muka baharu  menjadi pilihan Kim Pan-gon untuk mengetuai cabaran Malaysia kali ini.

IG: @hrhcrownprinceofjohor