Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Safawi kini mula menjadi sebutan ramai apabila memiliki warung yang diusahakan di tepi jalan dengan harga jualan yang tidak masuk akal. Hal ini disebabkan 14 menu hidangannya hanya dijual pada harga RM2.90 sahaja.
Seorang Peniaga, Safawi Abdullah 47, dalam satu temubual menjelaskan, semua menu dijual dengan harga yang sama tanpa mengambil untung kerana ingin sambil berkongsi rezeki agar semua pelanggan dapat merasai nikmat hidangan itu.
Menu yang ditawarkan oleh penjual sangat mampu milik disebabkan dengan berbekalkan hanya RM 2.90, pelanggan boleh membeli plebagai hidangan seperti nasi ayam, laksa, mi kari, mi segera tomyam, mihun dan kuetiau sup, rojak, cendol, bebola daging serta keropok lekor.
Warung yang terletak di Padang serai, Kulim, Kedah itu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan apabila terdapat pelanggan dari luar daerah Kulim juga turut datang membeli di warung tersebut.
Gerai tepi jalan itu juga diuruskan bersama isterinya, Norzita Abdullah, 46 dan ibu saudaranya sambil beliau juga masih bekerja di sebuah kilang yang terletak di Kulim Hi-Tech.
Walaupun begitu, Safawi tidak risau dengan pendapatan yang diperolehinya kerana hasil jualan tersebut sudah memadai untuk modal berniaga hari seterusnya.
“Soal Keuntungan bukan keutamaan saya, berbalik kepada niat asal saya untuk memperoleh keberkatan dan seronok melihat anak-anak kecil dapat merasai makanan kegemaraan mereka,” katanya.
“Idea untuk menjual makanan pada harga murah ini adalah bagi meringankan beban orang ramai yang terkesan dengan masalah kewangan selain kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.”
Beliau turut berpuas hati apabila segala makanan yang diusahakannya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada penduduk setempat.