Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Jesé Rodríguez Ruiz yang merupakan bekas bintang Real Madrid dilaporkan telah menarik minat Sabah FK untuk bermain dalam pasukanya.
Ketika ini, Sabah yang berada pada tangga kedua Liga Azerbaijan ingin memperkuatkan lagi pasukan dalam misi mengejar kedudukan pendahulu liga, Qarabag FK.
Mereka yang baharu sahaja tumpas dalam satu perlawanan musim ini mula membuka langkah baharu dengan membawa masuk nama-nama besar yang mampu memantapkan lagi pasukan.
Melalui satu ciapan Twitter daripada wartawan luar negara, Fuad Alakbarov, beliau mendedahkan bahawa pasukan bawah Murad Musayez kini dalam usaha menandatangani khidmat bekas bintang Real Madrid itu.
Pemain berusia 29 tahun itu dikatakan memiliki pengalaman yang cukup luas dalam pentas bola sepak Eropah selepas beraksi bersama beberapa pasukan gergasi termasuklah Real Madrid dan juga PSG.
Jesé kini beraksi bersama pasukan elit gergasi Turki,Galatasaray mula menarik minat sabah untuk mendapatkan khidmatnya.
Beliau juga telah berjaya menjaringkan 2 gol dan mencatat satu bantuan gol sekaligus dinobatkan sebagai aset terbaik pasukan terbaik selepas 14 perlawanan yang berlangsung.