Paralimpik 2020: Ridzuan Puzi Cemerlang Raih Tempat Keempat

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Atlet olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya mencatatkan keputusan cemerlang apabila meraih tempat keempat dalam pentas akhir sebentar tadi.

Beliau mengesahkan tempat pada final acara 100m T36 di temasya Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo setelah mencatat masa 12.06 dalam saringan kedua yang berlangsung semalam.

Pelari berusia 34 tahun ini dilihat cukup bersedia dengan pengalaman dan juga kematangan dalam aksi ini apabila tidak gugup dengan cabaran pelari-pelari dari negara lain.

Beliau menjadi sandaran seluruh penyokong tanah air setelah berjaya mencipta sejarah apabila menyumbang pingat emas pertama negara dalam Sukan Paralimpik menerusi acara 100m T36 lelaki pada temasya di Rio 2016.

Bekas pemenang pingat emas Rio ini dilihat bekerja keras untuk memenangi perlumbaan pada hari ini. Namun di 50 meter terakhir, beliau dilihat kehilangan momentum larian. Ini menyebabkan beliau ketinggalan dan menamatkan saingan di tempat ke-4.

Jurulatih olahraga negara, R. Jeganathan percaya bahawa sungguhpun berdepan cabaran sengit pada hari ini, namun percaya beliau sudah memberikan yang terbaik.

Selain Turner, Ridzuan turut diberikan tentangan sengit oleh pelari China, Peicheng Deng dan juga dari Argentina, Alexis Sebastian Chavez selepas masing-masing mencatat larian terbaik pada sesi saringan semalam.

Pelari kelahiran Perlis ini berjaya menamatkan saingan akhir di tempat ke-4 dengan cacatan masa 12.15s.

Pemain yang mesra disapa Dikwan ini jelas bersedia namun nasib tidak menyebelahinya apabila tewas kepada cabaran atlet dari China, Peicheng Deng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *